~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

PadaMu Ya ALLAH

"...ALLAH menguji keikhlasan bila bersendirian... 
ALLAH memberi kedewasaan bila ada masalah... 
ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan...
ALLAH tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang 
kecuali menggantikan dengan yang lebih baik..."

Alih matamu ke laut, airnya cantik membiru & penuh ketenangan, 
tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan ini, riang tawa, hanya ALLAH juga yang tahu rahsia kehidupannya, 
jika rasa kecewa, pandanglah sungai, airnya tetap mengalir walaupun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah langit, dan dirimu akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu....

(ku percaya kan ada kemanisan dipenghujung sebuah kesabaran)

8 Tanda Cinta Kepada ALLAH

1. Cinta kepada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Menunduk & Melawan nafsu
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
8. Menjalinkan kasih sayang sesama makhluk

~ALLAHUAKBAR~


Tabahkanku...



Untuk menjadi hambaNya yang tabah, kuatkan hati dan iman dalam diri.
Jangan menyalahkan takdir, kerana takdir itulah yang membawa seribu hikmah.
Ketabahan perlu untuk terus melangkah jauh menuju hari mendatang.
Bermacam onak duri yang masih belum ditempuh dalam kehidupan ini.
Kekuatan iman menjadi benteng diri menerima ujian dengan redha.
Masa lalu biarlah berlalu, anggaplah ia sekadar persinggahan melakar memori suka dan duka.
Bersangka baiklah padaNya, walaupun hebat dugaan dicampakkan pada kita, itu menandakan kasih sayangNya utuh buat kita.
Bangunlah dari kelesuan dan keputusasaan, kuatkanlah diri....
Jangan bersedih dan kecewa....

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah lah yang lebih mengetahui.”

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan  ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. 
Wahai Tuhan kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. 
Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. 
Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (al-Baqarah, 2: 285-286).

Renungan untuk diri sendiri (ImanuL Izzah) dan sahabat2 (ukhwah fillah) di mana berada.

Tip-tip Mengelakkan Daripada Berputus Asa (Renungan buat diri)



1. Sentiasa ingat bahawa ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik.
2. Paling penting usaha yang gigih hasil yang Allah berikan nanti, itu soal kedua. Namun kita mendapat ganjaran daripada Allah.
3. Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.

Segala apa yang berlaku pada diri ini merupakan ujian dariNya, menunjukkan Dia menyayangi hambaNya ini......
Berikan hambaMu ini kekuatan.

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~