~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

Rahsia Kebahagiaan Hidup Dunia & Akhirat


Bila kita berjuang, kita akan diuji dengan pembohongan diri dan rasa keikhlasan.

Bila kita bertawakkal, kita akan diuji dengan kesangsian dan hilang keyakinan.

Bila kita berukhuwwah, kita akan diuji dengan ketulusan hati dan sejati.

Bila kita sakit, kita akan diuji dengan kesabaran dan redha.

Bila kita miskin susah, kita akan diuji dengan kekufuran dan hilang rasa bertuhan.

Bila kita kaya senang, kita akan diuji dengan kesombongan dan lupa diri.

Dan berbagai-bagai lagi ujian yang tak perlu kita sebut satu persatu…
Ketahuilah bahawa semua kurnian Allah itu ada dugaan dan ujiannya.

Namun percayalah, apa jua masalah di dunia ini, ia sebenarnya bukanlah masalah. 
Tetapi ia hanyalah ujian iman dalam mencapai kasih Allah.

Dan fahamilah betul-betul bahawa masalah sebenar kita akan bermula selepas kita mati, bermula dari alam kubur kelak. 
(sudahkah kita membuat persiapan untuk menghadapinya…?)

Sedarilah bahawa sebanyak-banyak dan bermacam-macam ujian yang kita hadapi sepanjang hayat kita, itu sebenarnya hanyalah SATU ujian saja yang Allah berikan pada kita. 

Semua ujian tersebut sebenarnya hanyalah ujian PERASAAN sahaja. Kesemua ujian hakikatnya berlegar di sekitar persoalan mengenai perasaan kita saja.
Jadi, tak perlulah kita risau, gusar, khuatir, tertekan, kecewa, buntu, sedih dan putus harapan. Kerana itu hanyalah ujian PERASAAN kita saja.

Ketahuilah sesungguhnya, Allah telah pun memberitahu kita JALAN KELUAR atau UBAT MUJARAB kepada segala permasalahan kita atas dunia ini.

Apakah UBAT PALING MUJARAB itu?


Yaa, itulah AL-QURAN. Kalamullah yang Mulia.

Maka, suburilah hati kita dengan al-Quran. 
Kerana cukup hanya dengan Quran, kita sudah dapat rasa cukup atas segala-galanya. 
Kerana pada al-Quran itu lah ada segala-galanya.
Kerana AL-QURAN itu adalah RAHSIA KEBAHAGIAAN HIDUP kita dunia dan akhirat.

Jika begitu, mengapa kita masih buntu? 
Mengapa kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju? 
Mengapa kita masih rasa tidak menentu?

Sedangkan Allah sudahpun memberitahu. Al-Quran itulah yang boleh membantu. Jadi, apakah tindakanmu? Tengok dan lihat saja al-Quran itu…?
Renung-renungkan dan selamat beramal…

http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-kebahagiaan-hidup-dunia-dan-akhirat.html

Panduan Memilih Sahabat


Kata Imam Al-Ghazali, "didalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat."

Dalam hal ini, Rasullullah SAW bersabda :
seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu, maka hendaklah engkau tuntut daripadanya (engkau pastikan pada dirinya 5 syarat):

1) orang yang berakal
bersahabat dengan orang yang bodoh kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati. dan sepaling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh

2) orang yang baik akhlaknya
maka jangalah engkau bersubahat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia diransang oleh nafsu syahwatnya

3) orang yang soleh
maka jangan engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar kerana orang yang takut akan Allah itu tidak mengekali d dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya.

4) jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia, dan sebaliknya suka sekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambahkan zuhudmu dari dunia.

5) orang yang benar
maka jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta, barangkali dia akan menipu engkau kerana ia laksana fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jahil atau menjauhkan yang dekat.

Source: http://ms.shvoong.com/books/guidance-self-improvement/1965509-panduan-memilih-sahabat/

Kenapa Aku Diuji?




KENAPA AKU DIUJI?


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Taha: 131)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Az-Zumar: 49)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah: 45)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Al- Baqarah:155)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al-Imran: 200)

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Nahl: 96)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. (Al-Kahf: 17)
Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. (At-Taubah: 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!


... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. (Yusuf: 12)

Kurniakan Diri ini Kekuatan


Ya Allah, betapa hebatnya dugaan Mu untuku..
sabarlah menghadapinya...

sampai airmata tidak mampu lagi mengalir meratapi ujianMu
berikanlah aku kekuatan,ketabahan,kesabaran dan semangat untuk tidak berputus asa
aku cuma mampu berdoa dan terus berdoa memohon segalanya..... 

SENYUMLAH WAHAI PEMILIK NAMA=HURAIZAH=

UjianNya


Allah SWT tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan kita. 
Ini bermakna Allah Maha Mengetahui setiap ujian yang menimpa 
dan meyakini bahawa hambaNya mampu berhadapan dengan ujian diberikan.
Setiap ujian yang ditakdirkan kepada kita adalah untuk menghapuskan dosa kita 
dan meningkatkan darjat kita disisiNya....
Bersabarlah menempuh segala ujianNya....


kuatkanlah imanmu dan tabahkanlah hatimu menghadapi ujian dariNya
pesanan buat diriku:
ImaNuL IzzaH 

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~