~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

Pemimpin Jangan Mementingkan Diri Sendiri


Tajuk :

Pemimpin Jangan Mementingkan Diri Sendiri

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian

1.            Setiap tanggungjawab yang telah ditugaskan kepada seseorang hendaklah dilaksanakan sebaik-baiknya.

2.            Apabila terdapat dikalangan pemimpin yang menyeleweng daripada garis kebenaran, sebagai rakyat mreka hendaklah berusaha menegur supaya pemimpin tersebut kembali ke pangkal jalan disamping memohon doa kepada Allah S.W.T.

3.            Adalah tidak wajar bagi rakyat atau orang bawahan terus menunjukkan sikap penentangan tanpa mengemukakan sebarang pandangan, teguran dan fikiran yang berfaedah terlebih dahulu.

4.            Semua pihak hendaklah sentiasa berusaha supaya jurang pemisah antara pemerintah dan rakyat sentiasa harmoni, tidak berlaku sebarang keretakan dan kekurangan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Insan Dan Hubungannya Dengan Masyarakat



Tajuk :

Insan Dan Hubungannya Dengan Masyarakat

Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Huraian

Setiap insan yang mendiami bumi ini seharusnya menjalinkan hubungan sesama mereka dengan adab-adab muamalah dan pergaulan sosial yang baik sama ada berbentuk perkataan yang baik dan enak didengar, kejiranan yang mendamaikan dan layanan terhadap tetamu yang selayaknya. Semua ini adalah unsur-unsur keimanan seseorang kepada Allah SWT yang menyuruh kita agar berakhlak mulia yang akan memberi manfaat di dunia dan akhirat. Beramal dengan apa yang terkandung di dalam hadis di atas akan mewujudkan kesatuan ummah dan menjinakkan hati manusia serta menghapuskan sifat hasad dengki di antara satu sama lain sebaliknya akan meluaskan perasaan kasih sayang yang berpanjangan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia



Tajuk :

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Hadith :
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

Riwayat Muslim


Huraian

1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.

2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.

3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.

4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~