~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

Rahsia Membina RumahTangga Muslim Yang Bahagia


Oleh : Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki
Pegawai Penasihat Agama UiTM Sarawak


عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ


(رواه الشيخان)- متفق عليه -

Maksud :

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung).

( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. 

Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith di atas.


Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. 

Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada Allah SWT. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT.


Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memberikan panduan dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah atau suami yang soleh itu? 
Hikmahnya ialah dengan mempunyai nilai keagamaan itulah seseorang itu dapat memiliki akhlak yang baik, menjadi contoh tauladan kepada anak-anak dan saling bantu membantu dalam rangka untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah SWT. 
Alangkah bahagianya pasangan suami isteri apabila kehidupan alam rumahtangganya sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. 


Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut?Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia? Berapa banyak sebenarnya kes penceraian yang berlaku setiap tahun di kalangan mereka yang kononnya mempunyai kemewahan hidup semakin ketara? Jadi di manakah kebahagiaan itu sebenarnya ?


Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga yang bahagia itu telah jelas ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri. Segala-galanya bermula dengan niat yang ikhlas sebelum mendirikan rumahtangga iaitu membina rumahtangga itu adalah semata-mata ingin mencari keredhaan Allah SWT, bukan disebabkan faktor atau dorongan yang lain. 

Tetapi berapa ramai yang menjadikan matlamat hidup ini untuk mencari keredhaan Allah SWT? Di mana letaknya keberkatan dalam berumahtangga? Apakah pasangan itu sekufu dan apakah neraca yang digunapakai dalam penentuan sekufu atau tidak?


Sekufu di sisi Islam adalah sekiranya pasangan suami isteri mempunyai kefahaman Islam dan matlamat hidup yang jelas, tahu akan tanggangujawab masing-masing bahawa membina rumahtangga muslim itu adalah suatu ibadah, saling merindui rumahtangga yang dirahmati dan diberkati Allah SWT, suami isteri yang saling nasihat menasihati antara satu sama lain dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT, cuba mewujudkan suasana rumahtangga yang harmoni, suami yang memberikan didikan agama kepada isteri dan ingatlah isteri yang solehah boleh membawa suami ke syurga.


Apakah rahsia membentuk rumahtangga muslim yang bahagia? Ingatlah para isteri yang dikasihi Allah SWT, antara ciri-ciri sifat isteri yang solehah itu apabila dia taat kepada Allah SWT, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan suaminya. Selain itu, menjaga sembahyang lima waktu, berpuasa dan menjaga maruahnya. Maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang disukainya. 

Berazamlah untuk menjadi isteri yang solehah. Sebaik-baik pemberian ke atas sesebuah rumahtangga itu ialah isteri yang solehah agar dapat membina keluarga sakinah.


Begitu juga, para suami yang soleh, mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. 

Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik. 

Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.


Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang selepas alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah telah berubah. 

Kehidupannya berubah menjadi seorang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri, bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semata-mata untuk keluarga. 

Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah SWT. 

Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adalah bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH




Mentaati Perintah Suami

Isteri yang mentaati suami dengan cara yang baik, menuruti perintah macam apa pun, kecuali jika suami memerintahkannya kepada kederhakaan. Jika apa yang diperintahkan suami tidak sesuai dengan keinginannya, maka dia menunggu kesempatan yang tepat dan memungkinkan untuk membuat suaminya berkenan, dengan yang adil, tidak dengan cara membantah, tidak membangkang, apalagi bertengkar sehingga terpaksa menerima pendapatnya. 

Sebab suamilah yang berhak menjadi pemimpin di dalam rumahtangga, sesuai dengan apa yang dianugerahkan Allah. Jadi keputusan perlu ada di tangan suami. Andaikata isteri menghadapi suami dengan lapang dada dan dia sudah mengetahui bahawa suamilah yang menjadi pemimpin di dalam rumah dan perintahnya perlu ditaati, maka tidak ada buruknya jika dia meminta kepada suaminya untuk bersikap adil dalam setiap keputusannya, yang tentu sahaja permintaannya ini mesti disertai dengan alasan yang boleh diterima. 

Sebab apa pun yang ada pada dirinya adalah milik suaminya dan dia perlu sependapat dengan suaminya. Dengan cara ini segala urusan akan dapat berjalan lancar, tanpa ada masalah yang menyekat kebahagiaannya.


Berasa Senang Apabila Suami Memandangnya

Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila dia memandang dirinya. Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat dadanya lapang dan senang. Dia menguntumkan dengan seulas senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan. Dia sedap dipandang, mengenakan pakaian yang rapi dan harum semerbak baunya. 

Setiap kali si suami memandangnya dalam keadaan seperti itu, tentu hatinya akan berbunga-bunga, sehingga dia merasakan seakan-akan ditangannya ada hadiah sangat berharga yang diberikan Allah kepadanya, sehingga dia akan sentiasa menjaga hadiah itu dan tidak mahu ia lepas dari tangannya. 

Dengan begitu suami tidak akan memandang kepada hal-hal yang diharamkan Allah, tidak berusaha lari rumah, untuk mencari kesenangan dan kebahagiaan di luar rumahnya. Sebab isterinya telah menyediakan iklim kehidupan yang nyaman untuk didiami, setelah si suami bersusah payah sepanjang hari mencari sesuap kehidupan. 

Dengan cara ini bererti isteri telah membuat Rabbnya redha, membahagiakan suami, mendapat limpahan rasa cinta dan perhatiannya. 


Penuh Kasih Sayang Dan Memerhatikan Suaminya

Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suami, membuatnya redha, melakukan segala sesuatu yang disukainya dan menghindari apa-apa yang dibencinya, sehingga suami melihat pada dirinya apa yang disukainya, merasakan apa yang menyenangkannya dan mendengar darinya apa-apa yang diredhainya. 

Jika suami tidak mendapatkan di dalam rumahnya seorang isteri yang lemah lembut, penuh kasih sayang, selalu berkeadaan bersih, mengukir senyuman, tidak mendengar perkataan yang baik, tidak mendapatkan cinta yang tulus, akhlak Islam yang mulia dan tangan yang menjulurkan cinta, lalu dimanakah dia harus mendapatkan semua itu?


Menolong Suami Dalam Urusan Agama Dan Dunia

Isteri solehah adalah isteri yang sentiasa mendorong suaminya kepada hal-hal yang baik dalam urusan agama dan dunia, menganjurkannya supaya berpegang kepada syariat Islam, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat, mendorongnya untuk melakukan segala sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti silaturrahim dan berbakti kepada kedua orang tua dan menjauhkannya dari hal-hal yang dibenci ALlah. 

Dia harus selalu ingat bahawa dia akan menjadi ibu bagi anak-anaknya, yang di kemudian hari mereka akan menjadi dewasa dan menikah serta berbakti kepadanya. Dia juga perlu mengingatkan suaminya tentang sebuah hadis sahih yang bermaksud:

"Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu."

Dia juga perlu menjalin hubungan dengan keluarga suaminya, agar memperoleh keredhaan Allah dan keredhaan suami, iaitu ketika suami melihatnya menjalin hubungan dengan keluarganya. Maksudnya ialah agar dengan cara ini tidak wujud perselisihan antara dirinya dan keluarga suaminya seperti yang sering terjadi pada masa sekarang. 

Isteri solehah juga perlu menganjurkan suaminya untuk menjauhi mata pencarian yang haram. Para isteri orang-orang salaf yagn solehah biasa mengatakan kepada suaminya yang hendak pergi untuk bekerja, "bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau memberi makan kami dengan sesuatu yang haram. Sesungguhnya kami masih boleh sabar menghadapi rasa lapar dan kami tidak boleh bersabar menerima panasnya api neraka."

Isteri solehah juga menganjurkan suaminya untuk bangun malam dan juga menyertainya dalam solat itu, agar rahmat Allah turun kepada mereka, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat, dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan bangun, dia akan memercikkan air ke wajahnya. Dan ALlah merahmati seorang wanita yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat dan membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan bangun, maka dia akan memercikkan air ke wajahnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Darda)

Sokongan seorang isteri terhadap suami dalam urusan agama ialah dengan cara mengatur dan menjaga harta suaminya, tidak menuntut kecuali apa yang diperlukannya, tidak membelanjakan kecuali menurut apa yang diperintahkan suami. 

Seorang isteri bertanggungjawab terhadap pengeluaran harta suami bukan pada jalan kebaikan. Sebab dia bertugas mengatur semua urusan rumahtangga. Harta yang melimpah bukan bererti tidak perlu ada pengurusan. Sebab tanpa ada pengurusan, kehidupan rumahtangga menjadi kacau bilau dan runtuh. 

Isteri yang pemboros merupakan musuh bagi dirinya sendiri dan menjadi bencana bagi suaminya. Dengan tangannya dia akan menghabiskan harta suami. Berapa ramai isteri yang menghancurkan rumahtangganya kerana tidak pandai mengurus kewangan dan berapa ramai pula isteri yang mampu menegakkan kehidupan rumahtangganya kerana dia pandai mengatur kewangan. 

Selagi suami melihat isterinya bersikap ekonomis, pandai mengatur kewangan dan menjaga hartanya, nescaya kecintaannya akan semakin bertambah, begitu pula kepercayaannya. Sehingga suami akan menyerahkan semua harta ke tangannya dan memberinya kebebasan untuk mengaturnya. 

Si suami percaya bahawa dia tidak akan membawa hartanya kepada kehancuran. Malahan boleh jadi dia justeru mengembangkannya. Menerusi kepercayaan ini akan tercipta kehidupan rumahtangga yang bahagia, jauh dari berbagai masalah kewangan, seperti yang sering kali kita dengarkan, yang disebabkan oleh cara pengurusannya yang kurang baik dari pihak isteri.



dipetik dari BAGAIMANA MENJADI ISTERI SOLEHAH DAN IBU YANG BERJAYA karangan Ummu Ibrahim Ilham Muhammad Ibrahim


Marilah sama-sama kita tanam sifat-sifat isteri solehah dalam diri kita agar kita mendapat redha suami dan sekaligus redha ALlah....Amin.

La Haula Wala Quwwata illa billah


Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu” dan maksudnya adalah seperti di atas.

Intipati hadis tersebut adalah umat Islam digalakkan untuk tabah dan berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan agama. Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Anas, bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan doa: “Allahumma innii ‘auuzhu bika minal barashi wal junuuni wal-juzaami wa sayyi’il asqaam (yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Begitu juga hadis riwayat Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal (yang bermaksud: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.”

Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’. Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/06/fadhilat-hauqalah-la-hawla-wala-quwwata.html

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~