~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

Hikmah Dalam Bertawakkal KepadaNya




Hikmah Dalam Bertawakkal KepadaNya

Oleh As-Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah

MENURUT bahasa “tawakkal” itu beerti berserah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan. Menurut syariat pula tawakkal beerti “mempercayakan diri kepada Allah SWT dalam melaksanakan suatu rancangan, bersandar kepada kekuatan-Nya dalam melaksanakan suatu pekerjaan, berserah diri di bawah perlindungan-Nya pada waktu menghadapi kesukaran”.

Dengan pengertian tersebut dapatlah ditegaskan bahawa tawakkal itu berkaitan dengan suatu rencana yang tetap (keputusan) atau kemahuan (azam) yang disertai dengan ikhtiar melaksanakan rencana itu. Ikhtiar dilakukan dalam memenuhi tertib atau sunatullah sahaja. Namun keyakinan tetap bulat kepada Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Adakanlah musyawarah dengan mereka dalam beberapa urusan, dan bila engkau telah mempunyai ketetapan hati, maka berserah dirilah kepada Allah.” (Surah Ali-Imran: 159)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Berpalinglah dari mereka itu, dan berserah dirilah kepada Allah. Dan cukuplah Allah itu sebagai pelindung.” (Surah An-Nisa’: 81)

Berhubungan dengan perkaitan erat antara tawakkal dengan rencana yang matang (ketetapan hati) dan ikhtiar melaksanakan rencana itu, maka adalah sesuatu kekeliruan jika tawakkal itu diertikan sebagai berdiam diri tanpa ikhtiar sama sekali, misalnya mengharapkan sembuh dari penyakit tanpa berubat atau mengharapkan hidup makmur tanpa bekerja.

Banyak dalil dalam Al-Quran dan hadis yang menjelaskan pentingnya ikhtiar, usaha dan bekerja. Dalam berikhtiar itulah proses usaha dan redha menerima “buah” daripada pekerjaan itu, banyak ataupun sedikit. Suatu contoh digambarkan dalam suatu hadis:

“Telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang dikendarainya terlepas begitu saja di pintu masjid, tanpa ditambatkan terlebih dulu. Dia bertanya: ‘Ya Rasulullah! Apakah unta itu saya tambatkan lebih dahulu kemudian saya tawakkal, atau saya lepaskan saja dan sesudah itu saya tawakkal? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tambatkan lebih dahulu dan kemudian bertawakkallah engkau!” (Riwayat Tirmidzi)

Pernyataan Tawakkal

Tawakkal itu termasuk pekerjaan hati, terpaut di hati dalam menghadapi sesuatu persoalan atau pekerjaan, di mana manusia merasa bahawa dengan kekuatan sendiri tidak akan sanggup menghadapinya tanpa bersandar kepada kekuatan Allah SWT.

Apa yang terpaut dalam hati dengan keyakinan tersebut dipancarkan ke luar dengan mengucapkan ‘hasballah’ sebagai berikut:

Hasbi Allah wa ni’mal wakil
“Allah cukup bagiku dan Ia sebaik-baik Penjaga”

Demikian juga dengan lafaz-lafaz ‘hauqalah’:

Laa hawala walaa quawwata illa billaah
“Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah”

Selain daripada itu dalam hadis ditemukan sejumlah doa dan zikir yang isinya mengandungi pernyataan tawakkal kepada Allah dalam menghadapi urusan penting dan keadaan genting.

Salah satu kaifiat tawakkal dalam menghadapi suatu rencana penting yang masih samar hasilnya, apakah kelak membahayakan ataukah menguntungkan dunia dan agama, ialah dengan cara solat istikharah, mengerjakan sembahyang dua rakaat kemudian mengucapkan doa istikharah, mohon kepada Allah agar dipilihkan dan ditakdirkan mana yang lebih baik dan bermanfaat bagi dunia dan agama kemudian redha menerima keputusan apa saja yang berkaitan dengannya.

Perintah Bertawakkal dan Bidang Penerapannya

Bertawakkal dalam segala urusan bukan hanya termasuk antara sikap rohani yang baik dan terpuji, bahkan ianya memang diperintahkan oleh Allah SWT. Tawakkal adalah satu manifestasi keyakinan kepada kekuasaan Allah SWT bahawa hanyalah Allah yan berkuasa berbuat sesuatu, sedangkan makhluk tidak berkuasa dan lemah sekali, di mana pada setiap ketika memerlukan pertolongan Allah SWT:

“Dan bertawakkallah engkau kepada Tuhan yang hidup, tiada mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya.” (Al-Furqan: 58)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan kepada Allah-lah hendaknya berserah diri orang-orang yang beriman.” (Ibrahim: 11)

Penerapan tawakkal pada prinsipnya meliputi segala urusan dan pekerjaan yang baik dan segala keadaan yang sulit. Salah satu di antaranya ialah dalam melaksanakan sesuatu perancangan yang sudah matang dalam suatu usaha, pembangunan, perjuangan dan sebagainya. Apabila hati telah padu dan jitu dalam melakukan sesuatu, maka selainnya diserahkan kepada ketentuan Allah jua. Dia Yang Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu:

“Apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati (azam) maka bertawakkallah kepada Allah.” (Ali-Imran: 159)

Demikian juga dalam kegiatan ekonomi, berusaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan hidup hendaklah disertai pula dengan tawakkal, sesuai dengan pernyataan Al-Quran:

“Tiap-tiap yang melata di muka bumi ini sudah ditentukan Allah rezekinya. Dia mengetahui kediamannya dan tempat penyimpanannya.” (Hud: 6)

Sewaktu menghadapi musuh dalam peperangan, setelah mempersiapkan alat-alat perlengkapan perang, pengetahuan taktik dan strategi haruslah disertai dengan kekuatan mental, berupa tawakkal kepada Allah SWT. Di sebalik kekuatan alat-alat, otot dan otak harus dilandasi dengan kekuatan hati yang penuh tawakkal. Demikian sikap tawakkal ini telah dihayati oleh tentera Islam dalam peperangan-peperangan antara lain dalam perang Ahzab.

“Dan tatkala mukminin melihat golongan-golongan (masuk Islam) itu, mereka berkata: ‘Inilah dia apa yang dijanjikan kepada kita oleh Allah dan Rasul-Nya, dan benar Allah dan Rasul-Nya. Dan tiadalah menambah bagi mereka melainkan Iman dan penyerahan diri (kepada Allah).” (Al-Ahzab: 22)

Dalam bidang politik untuk mencapai kemenangan perjuangan Islam, umat Islam wajib berjuang mengatur pula politik dalam menghadapi lawan, seraya bertawakkal kepada Allah SWT:

“Dan jika mereka mahu menipumu, maka sesungguhnya cukuplah bagimu Allah. Ialah yang teguhkan dengan pertolongan-Nya dan dengan mukminin.” (Al-Anfal: 62)

Sewaktu menghadapi bencana dan bahaya yang akan menyerang diperlukan bertawakkal, seraya melakukan segala persiapan yang diperlukan untuk menolak bahaya itu. Misalnya ketika kaum muslimin di zaman Rasulullah dihasut untuk dihancurkan oleh tentera musuh yang besar jumlahnya. Mereka sedia bertempur seraya berkata: “Hasbunallah wa ni’mal wakill” (cukuplah bagi kami Allah SWT dan sebaik-baik Pemelihara).

Suatu contoh lagi di kala menjangkitnya wabak, di samping mengambil langkah-langkah pencegahan (tindakan berjaga-jaga) ia hendaklah disertai juga dengan tawakkal. Suatu peristiwa terjadi di zaman Khalifah Umar. Rombongan sahabat yang menuju Syam mendengar berita berjangkitnya wabak taun di negeri yang dituju itu. Dalam rombongan timbul dua pendapat, sebahagian ingin meneruskan perjalanan dan sebahagian lagi ingin pulang.

Umar bin Khattab memutuskan pulang. Tetapi timbul pertanyaan yang menentang: “Apakah anda akan melarikan diri dari takdir Allah SWT?” Umar menjawab: “Ya, lari dari takdir Tuhan kepada takdir Tuhan juga.” Diberikan perbandingan jika mempunyai ternakan di mana tersedia dua bahagian, yang satu kering dan yang lainnya subur, tentu saja lebih baik memilih bahagian yang subur. Perkara ini menunjukkan bahawa ikhtiar menghindari penyakit (tindakan berhati-hati) perlu dilakukan, seraya bertawakkallah kepada Allah. Pendapat Umar ini diperkuat oleh sabda Nabi yang disampaikan oleh Abdurrahman bin Auf:

“Apabila kamu mendengar penyakit berjangkit terjadi di suatu negeri, maka janganlah kamu datang ke tempat itu. Dan kalau kamu sedang berada dalam negeri yang tengah berjangkit penyakit menular itu, maka janganlah kamu keluar dari negeri itu, kerana hendak melarikan diri.” (Riwayat Bukhari)

Bertawakkal di kala menghadapi bahaya ditunjukkan pula oleh Nabi Ibrahim AS ketika akan dicampakkan ke dalam api oleh orang kafir, dengan membaca: “Hasbiyallahu wa ni’mal wakil.”

Dalam pada itu di kala hendak tidur, di mana seseorang akan kehilangan kekuatan dan tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang waktu tidur itu, maka hendaklah bertawakkal kepada Allah, mempercayakan diri dalam perlindungan-Nya, sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW:

“Ya Allah, aku menyerahkan diri kepada-Mu, dan aku menyerahkan urusanku kepada-Mu, dan aku menyerahkan kekuatanku kepada-Mu, kerana takut dan cinta kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tidak ada tempat lari daripada-Mu melainkan kepada-Mu. Aku percaya kepada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utus.” (Riwayat Bukhari)

Bagi seseorang yang keluar rumah, maka banyak perkara yang akan ditemui dalam pelbagai urusan. Mungkin ada, yang menyenangkan dan ada pula yang menyusahkan, sebagai sebahagian daripada kehidupan. Sebagai makhluk yang dianugerahi fikiran, sebelum keluar rumah sebaiknya mempunyai pertimbangan, pemikiran dan rencana-rencana yang baik dan kemudian segala sesuatunya dipasrahkan kepada Allah SWT.

Selain ketenangan jiwa, maka tawakkal juga membuahkan sikap syaja’ah, keberanian. Terbukti ketika Rasulullah SAW diacukan dengan pedang oleh Da’tsur (pimpinan orang-orang kafir). Da’tsur menggertak Rasulullah SAW: “Siapakah yang dapat mencegah pedang ini terhadap engkau hai Muhammad?” Dengan sikap tawakkal Rasulullah SAW menjawab tenang: “Allah!” Pedang terjatuh dari tangan Da’tsur, dan tibalah giliran baginda mengambil pedang itu. Sikap tawakkalnya Rasulullah SAW melahirkan syaja’ah dan kemenangan di mana Da’tsur menyaksikan kehebatan Rasul Allah itu, lalu dia memeluk Islam bersama kaumnya.

Kemenangan yang gilang gemilang banyak kali digondol oleh umat Islam berkat tawakkal. mereka yang bertawakkal kepada Allah mempunyai iman yang jitu kepada kekuasaan-Nya. Ingatlah bahawa makhluk semuanya adalah ciptaan Allah SWT, mereka tidak boleh memberi manfaat dan tidak boleh mendatangkan mudarat. Semuanya ditangan Allah SWT. Mudarat dan manfaat dalam genggaman Allah jua. Walaupun semua manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepada seseorang, tanpa izin Allah SWT, mereka tidak boleh berbuat yang sedemikian itu:

“Mereka yang hadapkan perkataan: ‘Sesungguhnya kaum (Quraisy) itu telah kumpulkan (tentera, bagi memerangi) kamu. Lantaran itu hendaklah kamu takut kepada mereka!’ Maka (perkataan) itu menambah iman mereka dan mereka berkata: ‘Allah cukup buat kami dan Ia sebaik-baik penjaga’. Maka kembalilah mereka dengan nikmat dan kurnia dari Allah tanpa ditimpa bencana.” (Ali-Imran: 173-174)

Dalam bidang pencarian rezeki (ekonomi), tawakkal kepada Allah, mendatangkan kecukupan dan rezeki yang tidak terduga-duga:

“Siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Ia jadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan akan diberikan rezeki dari jalan yang ia tidak duga-duga, kerana barangsiapa yang bertakwakkal kepada Allah, nescaya Ia jadi Pencukupnya. Sesungguhnya Allah itu telah adakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath-Thalaq: 2-3)

Dalam hubungan ini Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Andaikan kamu bertawakkal kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan memberi rezeki kepadamu sebagaimana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan kembali di waktu senja hari dengan kenyang.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Pada saat-saat yang berbahaya, di mana wang dan kawan tidak dapat lagi memberikan pertolongan, Allah dapat menolong dan menyelamatkan orang yang bertawakkal. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi pernah bersabda:

“Akhir kalimat yang diucapkan oleh Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api ialah: Hasbiallah wani’mal wakil.” (Riwayat Bukhari)

Allah SWT telah menyelamatkan Ibrahim, tidak sampai terbakar kerana api menjadi sejuk:

“Kami (Allah) berkata: ‘Hai api, jadilah sejuk dan sejahtera ke atas Ibrahim!” (Surah Al-Anbiya’: 69)

Demikianlah hikmat tawakkal yang menghasilkan pelbagai kebaikan seperti ketenangan, keberanian, kemenangan, pertolongan dan perlindungan Allah SWT yang membawa kepada keselamatan.



Sesekali diuji (Nice)



Bila dengar lirik lagu ni...pasti air mata mengalir..lirik lagu ini menginsafkan aku....
ujian demi ujian ditkdirkan untukku...dan membuatkan aku lemah tiada berdaya...
Allah maha mengetahui tujuan ujian yang 'kurniakan' untukku...
pasti ada hikmah yang tersembunyi...


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

~NiCe~


SeLaMaT BeRjuANg




PadaMu Ya ALLAH

"...ALLAH menguji keikhlasan bila bersendirian... 
ALLAH memberi kedewasaan bila ada masalah... 
ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan...
ALLAH tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang 
kecuali menggantikan dengan yang lebih baik..."

Alih matamu ke laut, airnya cantik membiru & penuh ketenangan, 
tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan ini, riang tawa, hanya ALLAH juga yang tahu rahsia kehidupannya, 
jika rasa kecewa, pandanglah sungai, airnya tetap mengalir walaupun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah langit, dan dirimu akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu....

(ku percaya kan ada kemanisan dipenghujung sebuah kesabaran)

8 Tanda Cinta Kepada ALLAH

1. Cinta kepada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Menunduk & Melawan nafsu
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
8. Menjalinkan kasih sayang sesama makhluk

~ALLAHUAKBAR~


Tabahkanku...



Untuk menjadi hambaNya yang tabah, kuatkan hati dan iman dalam diri.
Jangan menyalahkan takdir, kerana takdir itulah yang membawa seribu hikmah.
Ketabahan perlu untuk terus melangkah jauh menuju hari mendatang.
Bermacam onak duri yang masih belum ditempuh dalam kehidupan ini.
Kekuatan iman menjadi benteng diri menerima ujian dengan redha.
Masa lalu biarlah berlalu, anggaplah ia sekadar persinggahan melakar memori suka dan duka.
Bersangka baiklah padaNya, walaupun hebat dugaan dicampakkan pada kita, itu menandakan kasih sayangNya utuh buat kita.
Bangunlah dari kelesuan dan keputusasaan, kuatkanlah diri....
Jangan bersedih dan kecewa....

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah lah yang lebih mengetahui.”

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan  ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. 
Wahai Tuhan kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. 
Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. 
Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (al-Baqarah, 2: 285-286).

Renungan untuk diri sendiri (ImanuL Izzah) dan sahabat2 (ukhwah fillah) di mana berada.

Tip-tip Mengelakkan Daripada Berputus Asa (Renungan buat diri)



1. Sentiasa ingat bahawa ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik.
2. Paling penting usaha yang gigih hasil yang Allah berikan nanti, itu soal kedua. Namun kita mendapat ganjaran daripada Allah.
3. Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.

Segala apa yang berlaku pada diri ini merupakan ujian dariNya, menunjukkan Dia menyayangi hambaNya ini......
Berikan hambaMu ini kekuatan.

Zikir Penenang Hati



Tekanan emosi, jiwa dan perasaan itu merupakan lumrah hidup. Setiap orang pasti mengalami peristiwa yang menjadi punca emosinya tegang. Ini disebabkan pelbagai perkara. Itu semua ujian ALLAH SWT kepada semua makhluk-NYA. Sesiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH SWT membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh ganjaran dan syurga ALLAH.

Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meningkatkan darjat kita.

Firman ALLAH S.W.T: "DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."
– Surah al-Mulk: 2.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada ALLAH, Rasulullah dan menyintai sesama muslim kerana ALLAH semata-mata.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka."
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah."
– Hadis riwayat al-Bukhari.

Antara rawatan kepada penyakit kejiwaan ini ialah:

1. Membaca al-Quran setiap hari.
2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu agar ALLAH menenangkan jiwa.
3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan petang.
4. Menjauhi maksiat.
5. Membanyakkan istighfar.
6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu:
Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.

"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."
– Hadis riwayat Muslim.

Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."
– Hadis riwayat al-Tirmizi.

Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:
ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun."
– Hadis riwayat Abu Daud.

Dan banyak lagi zikir-zikir lain yang boleh menenangkan kesedihan dan kegelisahan. Dapatkan buku-buku doa menurut al-Quran dan sunnah. Antaranya Hisnul Muslim, karangan al-Qahtoni dan al-Azkar karangan Imam al-Nawawi.

Wallahu a’lam.

Sumber:blog infinity

Muhasabahlah diri....

Antara Bidadari dan Penghuni Syurga

Berusaha dan bertawakallah hanya pada Allah SWT



Sentiasa merasa tertekan dengan segala ujian dan cabaran yang diberi-Nya.. sedangkan setiap kesulitan yang diberi mempunyai hikmah tersembunyi yang pasti datang mengiringi.. Usaha dan kemudian tawakallah hanya pada Allah. Betulkanlah niat kita dalam bertawakal.. usah lah berharap pada makhluk tapi memohon lah pada Allah SWT dalam mencapai kejayaan pada apa yang kita usahakan. Insyallah kejayaan pasti datang mengiringi.

Beberapa ayat al-quran mengenai tawakal:-
“Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Anfal : ayat 61)

Dan hanya kepada Allahlah, hendaknya orang-orang mu’min bertawakal.
(Surah Al-i-Imran : ayat 122)

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Surah Al-imran : ayat 159)

"Barangsiapa yang tawakkal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".
(Surah al-Anfal : 49)

Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.
(Surah An Nahl: 41-42)

Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah At Talaq:3)

Disini juga terdapat beberapa hadis yang menerangkan betapa pentingnya tawakal terhadap Allah:-

Dari Ibnu Abbas ra, “Hasbunallah wani’mal Wakil’ kalimat yang dibaca oleh Nabi Ibrahim as ketika dilempar ke dalam api, dan juga telah dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika diprovokasi oleh orang kafir, supaya takut kepada mereka ; ‘sesungguhnya manusia telah mengumpulkan segala kekuatannya untuk menghancurkan kalian, maka takutlah kamu dan janganlah melawan, tapi orang-orang beriman bertambah imannya dan membaca, Hasbunallah wa ni’mal Wakil (cukuplah Allah yang mencukupi kami dan cukuplah Allah sebagai tempat kami bertawakal.”
(HR. Bukhari)

Dari Ibnu Abbas ra, bahwa Rasulullah SAW senantiasa berdoa, ‘Ya Allah hanya kepada-Mulah aku menyerahkan diri, hanya kepada-Mulah aku beriman, hanya kepada-Mulah aku bertawakal, hanya kepada-Mulah aku bertaubat, hanya karena-Mulah aku (melawan musuh-musuh-Mu). Ya Allah aku berlindung dengan kemulyaan-Mu di mana tiada tuhan selain Engkau janganlah Engkau menyesatkanku. Engkau Maha Hidup dan tidak pernah mati, sendangkan jin dan manusia mati.
(HR. Muslim)

Sebagaimana yang terdapat dalam hadits no 5, dalam kitab Riyadhus Shalihin. Dimana dikisahkan pada saat perang Dzatur riqa’, ketika Rasulullah SAW sedang beristirahat di bawah sebuah pohon, sedangkan pedang beliau tergantung di pohon. Ketika tiba-tiba datang seorang musyrikin yang mengambil pedang beliau sambil berkata, siapa yang dapat melindungimu dariku?. Namun dengan sangat tenang Rasulullah SAW menjawab Allah. Setelah tiga kali bertanya, tiba-tiba pedang yang dipegangnya jatuh. Lalu Rasulullah SAW mengambil pedang tersebut seraya bertanya, sekarang siapakah yang dapat melindungimu dari ku?
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Nabi SAW bersabda : “Akan masuk syurga 70,000 orang dari kalangan umatku tanpa dihisab”, mereka berkata : Siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab : “Mereka ialah orang tidak mengubati dirinya dengan ruqyah (jampi), tidak percaya kepada petanda baik atau buruk (dengan melihat burung dan sebagainya) dan tidak membakar bahagian tubuh yang sakit dengan besi panas. Mereka bertawakal kepada Allah semata-mata”.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber:http://sipenyuluh.blogspot.com

Berdoalah


Bersabarlah......




Surah al-Fatihah



Surah ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, al-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama fatihah sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai 22 nama, sama ada secara tauqif daripada Nabi atau ijtihad para sahabat.

Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.

Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalamAsbab al-Nuzul dan al-Tha’labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.

Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A’rabi, al-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah: “Menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.”

Pendapat yang ketiga ini diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat.

Keistimewaan dan fadhilat surah al-Fatihah

Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah, antaranya:

1.Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla.

2.Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab.

3.Dua cahaya yang digembirakan oleh Malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.

4.Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.

5.Kelebihan al-Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi daripada Abu Hurairah.

6.Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin al-Salt al-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya: “Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w) yang amat baik.”

Aku pun baca al-Fatihah selama 3 hari dengan dua kali pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud): “Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya awak berjampi dengan sebenarnya.”

Inilah sebahagian daripada fadhilat al-Fatihah.

Inti pati dan kandungan surah al-Fatihah

Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secaraijmal, terdiri daripada usul al-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyrik, iktiqad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesakannya dalam beribadat, minta pertolongan dan doa’ Mohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solihin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru, dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud asas.

Al-Syahid Hasan al-Banna dalam risalahnya – Mukadimah fi al-Tafsir – berkata: “Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.”

Al-Syahid Syed Qutub dalam tafsirnya – Fi Zilal al-Quran antara lain berkata: “Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati aqidah Islamiyyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.”

Al-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma’arij al-Tafakkurmembahagikan intipati al-Fatihah kepada empat, iaitu:

Pertama: Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.

Kedua: Tuntutan Allah terhadap hambanya beribadat dan bergantung kepadanya tanpa sekatan dengan yang lain.

Ketiga: Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.

Keempat: Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.

Justeru, dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala intipati al-Quran.


Tafsir ayat pertama
Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”

Makna ayat ini ialah, akan mulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu.

Ibn Jarir berkata: “Sesungguhnya Allah mendidik Nabi-Nya Muhammad SAW dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunnah bagi sekalian makhluknya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.”

Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat yang pertama yang diturunkan dalam surah al-‘Alaq. Justeru, Allah muqaddimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah al-Taubah, ini kerana mengikut sebahagian ulama, ayat ini mohon rahmat sedangkan surah al-Taubah mengisahkan tentang perang atau hukuman Allah.

Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah ia akan terputus.”

Hadis ini dihasankan oleh al-Nawawi, maksud ‘terputus’ di sini adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat.

Al-Alusi dalam kitabnya – Ruh al-Ma’ani berkata: “Ulama khilaf adakah ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak?”

Abu Bakar al-Tunisi menaqalkan ijmak ulama bahawa Allah muqaddimah setiap kitab-Nya dengan basmalah.

Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah iaitu Allah, al-Rahman dan al-Rahim. Allah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Hai manusia kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.”

Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri ‘Allah’ yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah. Inilah ajaib nama ini.

Perbezaan antara Allah dan Ilah, iaitu Allah menunjukkan kepada nama khas bagi zat yang Maha Suci tidak sekutukan dengan yang lain yang bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya.

Sebaliknya Ilah menunjukkan umum sama ada kepada Allah, Tuhan yang sebenar atau tuhan-tuhan yang bathil lainnya.

Al-Rahman dan al-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Al-Rahman dan al-Rahim apabila disekalikan sebutan memberi makna yang berbeza, di mana al-Rahman lebih umum dan di dunia ini sedangkan al-Rahim khusus untuk ahli taat di hari akhirat. Sebaliknya, apabila disebut al-Rahman atau al-Rahim sahaja, ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah.

Hikmah dikhususkan sebutan al-Rahman dan al-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara:

1. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah, Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan ibadah memohon kepada-Nya.

1. Nama al-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru, dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah.

Kenapa disebut dengan nama Allah, tidak Allah sahaja?
Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau nama Allah. Jawabnya:“Dengan Allah, tetapi Allah sendiri yang menyuruh bertawassul dengan nama-Nya, justeru tidaklah menjadi masalah.”

Kedua, al-Allamah Abu Su’ud membezakan antara sumpah dan minta berkat, ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan sebagai sumpah dan juga tabarruk. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk membezakannya. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada kalangan mufassirin.

Matlamat bacaan basmalah
Antara faedahnya ialah tabarruk dengan nama Allah, membesarkannya, menghalau syaitan, menzahirkan kelainan daripada musyrikin yang menyebut dengan berhala masing-masing, keamanan bagi orang takut, ikrar ketuhanan, iktiraf nikmat dan pertolongan kepada Allah.

Disunat bacaan basmalah pada beberapa keadaan

Dalam melayari kehidupan, amat perlu digantung harap kepada Allah dalam segala urusan apatah lagi yang penting dan besar. Bacaan basmalah amat sesuai dan dan perlu dalam keadaan seperti berikut:

a)Dalam urusan-urusan yang besar, seperti surat Rasulullah s.a.w kepada Raja-raja Rom, Parsi dan lain-lain. Seperti riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ali bin Abi Thalib dan lainnya.

b)Ketika wuduk. Seperti riwayat al-Tirmizi daripada Abi Hurairah.

c)Ketika masuk masjid. Seperti riwayat Ahmad dan Ibn Majah daripada Fatimah al-Zahra.

d)Ketika masuk rumah. Seperti riwayat Abu Daud daripada Abi Malik al-Asy’ari.

e)Ketika keluar rumah. Seperti riwayat Ashab al-Sunan daripada Ummu Salamah.

f)Ketika menaiki kenderaan. Seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ali bin Rabi’ah.

g)Ketika menutup pintu. Seperti riwayat Bukhari dan Muslim daripada Jabir.

h)Ketika makan dan minum. Seperti riwayat Ashab al-Sunan daripada Aisyah RAnha.

i)Ketika sembelih binatang. Seperti hadis muttafaq alaih daripada ‘Abayah bin Rifaah daripada datuknya.

j)Ketika masuk pasar. Seperti riwayat al-Tabarani, al-Hakim dan lain-lain daripada Buraidah.

k)Ketika hendak tidur. Seperti riwayat Abu Daud dan al-Hakim daripada Abi al-Azhar.

l)Ketika pagi dan petang. Seperti riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan lain-lain daripada Uthman bin Affan.

m)Ketika sangat sakit dan lapar. Seperti riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas.

n)Ketika mendatangi ahli. Seperti riwayat Syaikhan dan Imam Ahmad daripada Ibn Abbas.

Secara umumnya, bacaan basmalah disunatkan pada perkara ibadah dan juga perkara yang harus tidak dalam perkara haram. Ini kerana perkataan – zi-bal – dalam hadis ialah sesuatu yang waras atau ada faedah kemuliaan seperti kata Allamah al-Munawi.

Beberapa permasalahan feqah

1. Basmalah adakah daripada al-Fatihah. Terdapat tiga pendapat ulama dalam masalah ini:

a) Termasuk daripada ayat al-Quran untuk semua surah kecuali surah Bara’ah bagi memisahkan antara surah diletakkan basmalah.
b) Termasuk daripada surah al-Fatihah. Inilah mazhab Syafie.
c) Termasuk daripada surah al-Fatihah dan muqaddimah setiap surah.

Dan setiap pendapat mengemukakan hujah-hujah dan dalil-dalil masing-masing. Ulama’ feqah menyebut dalam kitab masing-masing secara panjang lebar khususnya imam al-Tabarani mengarang kitab khusus dinamakan – Ahkam al-Basmalah – mengisbatkan bahawa basmalahtermasuk dalam al-Fatihah. Inilah pendapat yang rajih ulama’ tafsir seperti al-Alusi, al-Qurtubi, Ibn Kathir dan ramai lagi dengan menghuraikan panjang lebar dalam kitab masing-masing.

Ancaman daripada membuang nama-nama Allah dan ayat-ayat daripada kitab-Nya atau hadis Rasulullah s.a.w ke tanah/bumi /tempat keji

Riwayat Abu Daud daripada Umar bin Abdul Aziz bahawa Nabi pernah melintasi satu kertas yang jatuh di bumi dan bertanya kepada pemuda: “Apa ini?” Jawabnya: “Terdapat bismillah padanya.” Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Allah melaknat sesiapa yang melakukannya, jangan kamu letak bismillah kecuali pada tempatnya.”

Sebaliknya, memeliharanya boleh dikurnia Allah dengan hikmah seperti riwayat al-Baihaqi dalam‘Syuab’nya daripada Abi Abd Rahman al-Sulami pada menceritakan Mansur bin Ammar bahawa beliau didatangkan hikmah, sebabnya dia mendapati perca kertas di atas tanah tertera kalimahbasmalah. Diambilnya tetapi tiada tempat untuk disimpannya lantas ditelannya. Pada malamnya dia bermimpi ada suara berkata kepadanya: “Sesungguhnya Allah membuka pintu hikmah dengan kemuliaanmu terhadap perca kertas itu, selepas itu dapatlah dia bercakap dengan hikmah.”

Al-Imam al-Qusairi juga mengkisahkan kisah yang hampir sama tentang Bisr al-Hafi. Justeru, sayugialah dimuliakan kalam Allah dengan sebesar-besar takzim kerana ia melambangkan ketakwaan hati.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Khasiat Ayat Kursi



1.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

2.Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

3.Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

4.Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5.Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6.Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7.Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8.Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9.Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10.Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT



1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...


2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...


3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...


4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...


Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...


Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.


Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.


Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...


Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.


Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Jangan berputus asa.....


Buat diriku....
kuat dan tabahlah menghadapi segala dugaan dan ujian dariNya
anggaplah apa yang berlaku menguji kesabaranmu sebagai hambaNya
walaupun sukar orang lain memahami keadaanmu
ya...mereka tidak memahamimu kerana tidak berada ditempatmu
tidak merasa 'kesakitan'mu yang kau tanggung selama ini
berat rasa dugaan ini...
Ya Allah...tentu tersembunyi hikmahnya...
berikan hambaMu ini kesembuhan dan
kebahagiaan yang ku damba selama ini......

Renungan buat sahabat




WARKAH BUAT sahabatKU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum……………
Apa khabarmu disana ………………..
Salam kerinduan fillah sebagai pembuka tirai…………
Semoga dirimu sahabat ,
sentiasa di bawah lembayung rahmat serta taufik Ilahi…..

Buat renungan diri ini serta sahabatku fillah,
Semalam nan berlalu sukar digamit lagi,
Hari ini suatu realiti,
Andai hadirnya esok,
Pastinya bersulamkan rantaian suci………….

MAAL HIJRAH…….. telah jauh kita tinggalkan,
setiap hari yang berlalu menagih suatu perubahan bagi diri ini lalu ia mengundang suatu gelanggang mujahadah yang maha hebat agar tersahut cabaran menuju Allah.
Sejenak…… sayup-sayup suatu perasaan menerjah sanubari betapa hibanya diri ini andainya hadirnya maal hijrah ini adalah kali terakhir buat diri kita ini……….
Pastinya detik-detik kematian kan menjelma menghampiri diri ini seiring dengan gagahnya malaikat Izrail dengan izin tuhan mencabut nyawa, Malaikat Raqib & 'Atid sibuk dengan komputernya menghitung amalan kita, Malaikat Mungkar dan Nakir sibuk dengan set perakam videonya memperlihatkan segala rutin diari kita……..

Buat renungan diri ini dan sahabat fillah………….
Ingatlah…….
Dunia ini hanya tempat persinggahan permainan suatu persembahan pentas kehidupan terpalit segala penipuan serta kepura-puraan………..

Sahabat……… rinduilah akhirat nan kekal abadi pasti terserlah sinar kebahagiaan serta keriangan sejati……….

Dilautan dunia ini, badai-badai cabaran sentiasa menjenguk diri tanpa jemu, menggamit hati serta sanubari, lantaran nafsu dan syaitan lah’natullah semakin bermaharajalela menghantui diri, agar tersisih dari redaNYA, lantas tercamapklah dalam kemurkaan ilahi……..na'uzubillah.

Buat renungan diri ini dan sahabat yang di kasihi fillah…….
Sesekali Allah takkan memungkiri janji janjiNya……
Setiap kekurangan suatu cabaran………
Setiap kelemahan suatu ujian……….
Pastinya sahabat, dirimu tegak menongkah badai-badai dugaan ditengah-tengah lautan berapi, biarpun bahtera yang di layari patah sauhnya, biarkan dirimu semakin lemas tersepit antara bisikan syaitan……antara gamitan ilahi.

Sahabat, pastinya dirimu tetap utuh dan tetap kukuh seiring dengan rahmat dan kasih Ilahi Maha luas nan sejati………….
Marilah sahabat, andai di renungi setiap kegetiran cabaran nan menimpa para kekasih Allah, para auliya' Allah, begitu besar sekali mehnah perjuangan diri, betapa kerdil diri kita ini sebagai insan biasa kadangkala sekelumit cuma dugaan melanda, hati memberontak, dan jiwa meronta lantas pasrah bersangka buruk terhadap Ilahi. Zalimnya diri kita temanku, bertahun-tahun Allah naungi kita dengan kurnia rahmatNya dan limpah kasihNya. Cuma seketika Allah uji hati kita dan jiwa kita, lalu perasaan kita merintih menangisi betapa malang nasib diri ini…………

Mengapa???? Menjadi tanda tanya. Setelah nikmat kita kecapi, masih kita agih-agihkan yang mana boleh dan yang mana tidak boleh kita lakukan suruhan Ilahi. Sampai hati kita sahabat, membiarkan diri kita, hati kita, perasaan kita……..gersang ketandusan santapan rohani dan santapan nur kasih Ilahi. Menzalimi diri sendiri, membiarkan ia tercamapk dalam jurang Neraka jahannam nan sentiasa membara menanti mangsanya.

Buat renungan diri ini serta sahabat yang kukasihi dan di rahmati Ilahi.....
Bicara Hukamak……andai diperlihatkan ahli-ahli neraka pada isi alam maya ini pasti akan mati kita…..kerana terlalu ngeri keadaanya …. Marilah sahabat sama-sama kita mengorak langkah merindui…….
Betapa syahdu lambaian syurga Ilahi,
Betapa agung 'arash Ilahi,
Betapa mulia gamitan redha Ilahi,
Betapa luas lautan keampunan Ilahi,
Realitinya…………………………
Betapa jelas kalimah Ilahi, kalam Nya berhemah tinggi, QahharNya tidak bertepi, hikmahnya Maha Jabbari………..
Marilah sahabat kita bersama-sama, bangun, beristiqamah diri, tetapkan pendirian, teguhkan hati dan iman, perjuangan diri serta nafsu agar tercapai nur maghfirah serta mardhiah Ilahi……….
Memang terlalu derita jiwa terlalu lemah diri dalam pentarbiyahan, kerana…………
Syurga itu manis, maghfirah Allah itu luas dan darjat mukmin itu tinggi……………

BERMUJAHADAHLAH………..
Walaupun pada awalnya terlau pahit amat sukar tetapi itulah permulaan titik nur keinsafan, kudus bersulamkan jutaan mutiara nasihat, bicara hikmah, senandung pengajaran, puitis peringatan agar penyesalan tidak membelit , agar darjat insani tidak menyamai darjat haiwan………
Mahukah kita bertopengkan manusia tetapi berhatikan haiwan, Mempunyai hati, tidak merenungi kebesaran Ilahi……………
Mempunyai mata tidak memerhatikan keindahan ciptaan Ilahi……
Mempunyai telinga, tidak mendengar peringatan Ilahi……….

Buat renungan diri ini dan sahabat di kasihi perjuangan fisabilillah………
Terlalu dhaif diri ini, terlalu hina jiwa ini, walau saban tika dan waktu mengalunkan kalimah Ilahi, mendengar serta meyakini Kitabul-izzati tapi masih lagi kita biarkan diri kita hanyut dibawa arus keseronokan duniawi………….
Andainya kita terus berusaha berusaha mencari redha Ilahi…..
Disitulah terserlah pengampunan Ilahi nan Maha tinggi………
Andainya kita berputus asa menggapainya …………
Disitulah terserlah kemurkaan Ilahi nan Maha ngeri…………..
Saidina Ali .a berkata:
"Andainya diri ingin kemesraan Ilahi, kamu hendaklah garang dengan nafsu kamu sendiri. Andainya kamu telah merasai manisnya bertemu Ilahi, pasti kamu akan merasai terlalu pahit berpisah denganNya."

Akhir bicara…………….
Marilah sahabat bersama-sama kita mengoreksi diri di bawah lembayung rahmat, redha serta nikmat Ilahi agar nur keimanan berlimpah sejuta karamah serta barakah.

Salam Persahabatan.



Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

URL untuk Artikel ini:
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=545

Jawapan Rindu

KELEBIHAN SURAH YAASIN


Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bermaksud; Bacalah surah Yassin karena ia mengandungi keberkatan, iaitu:-
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi "kenyang".
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat "pakaian".
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika "terpenjara" akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Berwasiat-wasiatanlah dengan kebenaran dan kebajikan walaupun itu cuma sehujung jarimu.

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~