~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

Ujian Allah : Sejauh Mana Keredhaan Kita?




Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"

- Artikel iluvislam.com

Nukilan Mawar:

Aku diuji lagi dengan kesakitan akibat sihir, penyakit gangguan yang aku alami sudah sebati dalam diriku kerana sudah lama aku menanggungnya. Kadangkala aku tewas dengan dugaan ini kerana aku sudah tidak mampu ‘melawan’nya. Air mata usah dikata sudah banyak mengalir kerana ujianNya ini. Tapi aku tahu aku perlu kuat demi orang tersayang disisiku kerana aku tidak mahu dia bersedih dengan keadaanku........

Ya Allah, walaupun sukar untuk ku sembuh kena aku tahu sakit akibat sihir memakan masa untuk tubuh ku kembali 'normal' tanpa apa2 gangguan tetapi aku harus berihtiar lagi untuk berubat. Lindungilah aku Ya Allah.

Teka-teki Imam Ghazali rah.a



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
(Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali=” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Blog: Permata Kata

Kenapa Saya Suka Pakai Tudung Labuh?



Inilah Sebabnya Saya Suka Bertudung Labuh
  • Menutup aurat
  • Dapat pahala bila jaga aurat, pahala berganda bila ikhlas
  • Nampak macam panas, tapi bila pakai, nyaman sangat
  • Nampak solehah, kekadang macam ustazah
  • Bantu jaga mata lelaki, lindungi diri daripada lelaki jahat
  • Bonus : Nampak lebih cantik, ayu dan sopan
  • Ikut sunnah
  • Boleh terus buat pakaian solat
  • Didik diri hormat diri sendiri sebelum orang lain hormat kita
  • Menyihatkan badan : Bebas sinar UV dan debu
  • Tingkatkan perasaan malu dalam diri
  • Satu cabang dakwah
  • Ciri-ciri yang boleh dijadikan isteri solehah
(alhamdulillah menjadi isteri yang diidamkan suami)
  • Petanda awal ke arah menjadi insan yang bertakwa
PADAMU YA RABB HAMBAMU BERSYUKUR

Zikir Pendinding Dari Gangguan Sihir & Saka



Salah satu cara untuk menjaga diri dari terkena gangguan seperti sihir atau saka, ialah dengan mengamalkan zikir. Jadi di bawah ini saya kongsikan dengan anda zikir yang mana sabit dari hadis Nabi yang mengatakan jika kita mengamalkan zikir di bawah ini sebanyak 100 kali dalam sehari, insyaAllah Allah akan menjaga kita dari terkena gangguan seperti yang saya sebutkan.

Ingatlah tidak ada satu pengawasan dan penjagaan pun yang benar-benar selamat melainkan ianya datang daripada Allah swt yang mana telah diperintahkan melalui lidah rasul-Nya Nabi kita Muhammad saw. Semoga dapat beramal.


لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ




Maksudnya :

( Tiada Tuhan yang lain (yang sebenarnya melainkan Allah yang esa, tiada sekutunya baginya. Bagi kekuasaan dan baginya segala puji yang menghidupkan dan yang mematikan dan dialah (Allah ) atas tiap-tiap sesuatu maha berkuasa)
Amalkan Zikir ini sebanyak 100x Setiap Hari. Dengan izin Allah , Jin tidak boleh masuk ke dalam badan manusia dan akan keluar daripadanya.


-Blog Perubatan Islam-

*PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI YANG PERNAH DISIHIR*
'kesakitan' akibat sihir masih ada. 
moga diri ini terus kuat menghadapi ujian maha hebat dariNYA.

Doa itu Ibadat



Doa tidak termakbul disimpan untuk akhirat

BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah. Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah. Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan  dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara  mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia  kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepadaNya dan jangan berputus asa untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripadaNya.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan

taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com

ALHAMDULILLAH


Coretanku 2


Salam buat pembaca blog Mawar Izzah

Dikesempatan ini, mawar ingin meluahkan rasa syukur padaNya di atas nikmat yang dikurniakan pada mawar walaupun sebelum ini berbagai ujian yang mawar lalui..
Alhamdulilah coretan kali ni sambungan daripada coretan mawar hampir 2tahun yang lalu..sekarang ini mawar masih mengajar dan menyelia tadika tahfiz gemilang cwgn paloh..

Buat sahabat yang membaca coretan mawar ini, hari ni (22/7/2012) terasa mawar ingin berkongsi sedikit kisah sedih mawar menanggung sakit akibat buatan sihir manusia. sudah 7 tahun rupanya mawar menanggung sihir jodoh. 
Dengan takdirNya jua mawar dapat tahu kerana 8@9 kali rombongan merisik mawar semuanya tiada jodoh, bila mawar pergi merata berubat dengan ustaz, baru mawar tahu yang diri ini di sihir. ini akibat manusia yang dendam dan busuk hati. sihir ini membuatkan orang yang merisik mawar melihat mawar berwajah hodoh. sebab itu setiap rombongan yang datang 'menolak' mawar. 

Di saat mawar menghadapi dugaan Allah ini, air mata yang mengiringi tidak terkira menahan sakit dalam tubuh akibat gangguan sihir ini. dengan kekuatan dan ketabahan yang sedaya upaya mawar lalui, pada Dia mawar serahkan segala urusan penyembuhan dan urusan jodoh moga dikurniakan yang soleh dan terbaik buat mawar. 

Mawar tidak berputus asa dalam usaha melawan rasa sakit, dengan ayat suciNya lah diri mawar beransur sembuh. dan ketidakputus asaan mawar jualah mawar bertemu jodoh dengan suami mawar sekarang. untuk makluman sahabat, semua 'jodoh' mawar adalah melalui orang tengah ataupun orang tolong kirakan jodoh. jadi mawar tidak mengenali siapa jodoh mawar itu. 

Alhamdulillah berkat doa2 dan solat hajat daripada diri,keluarga dan ustaz yang berubat akhirnya mawar bertemu jodoh juga melalui orang tengah yang begitu rapat dengan keluarga mawar yang sangat dipercayai. Allah mendengar doa2 mawar selama ini, segala urusan dipemudahkan olehNya. dan sememangnya suami mawar lah jodoh yang diutuskan olehNya walaupun berliku2 laluan jodoh mawar sebelum ini. dan rasa sakit itu kadangkala masih terasa kerana sakit bekas sihir itu sudah meresap ke dalam saraf. syukur suami memahami dan terima diri mawar seadanya...

Alhamdulillah mawar bahagia diatas segala ujian dan dugaan buat mawar selama ini. benarlah ada hikmah tersembunyi disebalik segala ujian dari Allah SWT.

sekian dulu dari mawar..
terima kasih kerana sudi membaca blog mawar ini..
salam ukhwah dan salam sayang

SaLaM SaYanG



SALAM SAYANG UNTUK PARA SAHABAT2 BLOGGER, 
TERUSKAN MENCORET TINTA DALAM MENYEBARKAN ILMU2 BERGUNA SESAMA KITA.. 
SALAM UKHWWAH

DOAKAN KEBAHAGIAAN MAWAR DALAM 
MENJALANI KEHIDUPAN 
BERGELAR ISTERI... 
THANKS

Selamat Pengantin Baru


Huraizah bt Makhtar ( Mawar Izzah )
Tuan Shalruddin b Tuan Jalil

1 Jun 2012 (Jumaat)

Rahsia Membina RumahTangga Muslim Yang Bahagia


Oleh : Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki
Pegawai Penasihat Agama UiTM Sarawak


عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ


(رواه الشيخان)- متفق عليه -

Maksud :

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung).

( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. 

Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith di atas.


Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. 

Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada Allah SWT. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT.


Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memberikan panduan dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah atau suami yang soleh itu? 
Hikmahnya ialah dengan mempunyai nilai keagamaan itulah seseorang itu dapat memiliki akhlak yang baik, menjadi contoh tauladan kepada anak-anak dan saling bantu membantu dalam rangka untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah SWT. 
Alangkah bahagianya pasangan suami isteri apabila kehidupan alam rumahtangganya sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. 


Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut?Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia? Berapa banyak sebenarnya kes penceraian yang berlaku setiap tahun di kalangan mereka yang kononnya mempunyai kemewahan hidup semakin ketara? Jadi di manakah kebahagiaan itu sebenarnya ?


Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga yang bahagia itu telah jelas ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri. Segala-galanya bermula dengan niat yang ikhlas sebelum mendirikan rumahtangga iaitu membina rumahtangga itu adalah semata-mata ingin mencari keredhaan Allah SWT, bukan disebabkan faktor atau dorongan yang lain. 

Tetapi berapa ramai yang menjadikan matlamat hidup ini untuk mencari keredhaan Allah SWT? Di mana letaknya keberkatan dalam berumahtangga? Apakah pasangan itu sekufu dan apakah neraca yang digunapakai dalam penentuan sekufu atau tidak?


Sekufu di sisi Islam adalah sekiranya pasangan suami isteri mempunyai kefahaman Islam dan matlamat hidup yang jelas, tahu akan tanggangujawab masing-masing bahawa membina rumahtangga muslim itu adalah suatu ibadah, saling merindui rumahtangga yang dirahmati dan diberkati Allah SWT, suami isteri yang saling nasihat menasihati antara satu sama lain dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT, cuba mewujudkan suasana rumahtangga yang harmoni, suami yang memberikan didikan agama kepada isteri dan ingatlah isteri yang solehah boleh membawa suami ke syurga.


Apakah rahsia membentuk rumahtangga muslim yang bahagia? Ingatlah para isteri yang dikasihi Allah SWT, antara ciri-ciri sifat isteri yang solehah itu apabila dia taat kepada Allah SWT, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan suaminya. Selain itu, menjaga sembahyang lima waktu, berpuasa dan menjaga maruahnya. Maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang disukainya. 

Berazamlah untuk menjadi isteri yang solehah. Sebaik-baik pemberian ke atas sesebuah rumahtangga itu ialah isteri yang solehah agar dapat membina keluarga sakinah.


Begitu juga, para suami yang soleh, mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. 

Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik. 

Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.


Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang selepas alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah telah berubah. 

Kehidupannya berubah menjadi seorang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri, bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semata-mata untuk keluarga. 

Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah SWT. 

Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adalah bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH




Mentaati Perintah Suami

Isteri yang mentaati suami dengan cara yang baik, menuruti perintah macam apa pun, kecuali jika suami memerintahkannya kepada kederhakaan. Jika apa yang diperintahkan suami tidak sesuai dengan keinginannya, maka dia menunggu kesempatan yang tepat dan memungkinkan untuk membuat suaminya berkenan, dengan yang adil, tidak dengan cara membantah, tidak membangkang, apalagi bertengkar sehingga terpaksa menerima pendapatnya. 

Sebab suamilah yang berhak menjadi pemimpin di dalam rumahtangga, sesuai dengan apa yang dianugerahkan Allah. Jadi keputusan perlu ada di tangan suami. Andaikata isteri menghadapi suami dengan lapang dada dan dia sudah mengetahui bahawa suamilah yang menjadi pemimpin di dalam rumah dan perintahnya perlu ditaati, maka tidak ada buruknya jika dia meminta kepada suaminya untuk bersikap adil dalam setiap keputusannya, yang tentu sahaja permintaannya ini mesti disertai dengan alasan yang boleh diterima. 

Sebab apa pun yang ada pada dirinya adalah milik suaminya dan dia perlu sependapat dengan suaminya. Dengan cara ini segala urusan akan dapat berjalan lancar, tanpa ada masalah yang menyekat kebahagiaannya.


Berasa Senang Apabila Suami Memandangnya

Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila dia memandang dirinya. Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat dadanya lapang dan senang. Dia menguntumkan dengan seulas senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan. Dia sedap dipandang, mengenakan pakaian yang rapi dan harum semerbak baunya. 

Setiap kali si suami memandangnya dalam keadaan seperti itu, tentu hatinya akan berbunga-bunga, sehingga dia merasakan seakan-akan ditangannya ada hadiah sangat berharga yang diberikan Allah kepadanya, sehingga dia akan sentiasa menjaga hadiah itu dan tidak mahu ia lepas dari tangannya. 

Dengan begitu suami tidak akan memandang kepada hal-hal yang diharamkan Allah, tidak berusaha lari rumah, untuk mencari kesenangan dan kebahagiaan di luar rumahnya. Sebab isterinya telah menyediakan iklim kehidupan yang nyaman untuk didiami, setelah si suami bersusah payah sepanjang hari mencari sesuap kehidupan. 

Dengan cara ini bererti isteri telah membuat Rabbnya redha, membahagiakan suami, mendapat limpahan rasa cinta dan perhatiannya. 


Penuh Kasih Sayang Dan Memerhatikan Suaminya

Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suami, membuatnya redha, melakukan segala sesuatu yang disukainya dan menghindari apa-apa yang dibencinya, sehingga suami melihat pada dirinya apa yang disukainya, merasakan apa yang menyenangkannya dan mendengar darinya apa-apa yang diredhainya. 

Jika suami tidak mendapatkan di dalam rumahnya seorang isteri yang lemah lembut, penuh kasih sayang, selalu berkeadaan bersih, mengukir senyuman, tidak mendengar perkataan yang baik, tidak mendapatkan cinta yang tulus, akhlak Islam yang mulia dan tangan yang menjulurkan cinta, lalu dimanakah dia harus mendapatkan semua itu?


Menolong Suami Dalam Urusan Agama Dan Dunia

Isteri solehah adalah isteri yang sentiasa mendorong suaminya kepada hal-hal yang baik dalam urusan agama dan dunia, menganjurkannya supaya berpegang kepada syariat Islam, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat, mendorongnya untuk melakukan segala sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti silaturrahim dan berbakti kepada kedua orang tua dan menjauhkannya dari hal-hal yang dibenci ALlah. 

Dia harus selalu ingat bahawa dia akan menjadi ibu bagi anak-anaknya, yang di kemudian hari mereka akan menjadi dewasa dan menikah serta berbakti kepadanya. Dia juga perlu mengingatkan suaminya tentang sebuah hadis sahih yang bermaksud:

"Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu."

Dia juga perlu menjalin hubungan dengan keluarga suaminya, agar memperoleh keredhaan Allah dan keredhaan suami, iaitu ketika suami melihatnya menjalin hubungan dengan keluarganya. Maksudnya ialah agar dengan cara ini tidak wujud perselisihan antara dirinya dan keluarga suaminya seperti yang sering terjadi pada masa sekarang. 

Isteri solehah juga perlu menganjurkan suaminya untuk menjauhi mata pencarian yang haram. Para isteri orang-orang salaf yagn solehah biasa mengatakan kepada suaminya yang hendak pergi untuk bekerja, "bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau memberi makan kami dengan sesuatu yang haram. Sesungguhnya kami masih boleh sabar menghadapi rasa lapar dan kami tidak boleh bersabar menerima panasnya api neraka."

Isteri solehah juga menganjurkan suaminya untuk bangun malam dan juga menyertainya dalam solat itu, agar rahmat Allah turun kepada mereka, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat, dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan bangun, dia akan memercikkan air ke wajahnya. Dan ALlah merahmati seorang wanita yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat dan membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan bangun, maka dia akan memercikkan air ke wajahnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Darda)

Sokongan seorang isteri terhadap suami dalam urusan agama ialah dengan cara mengatur dan menjaga harta suaminya, tidak menuntut kecuali apa yang diperlukannya, tidak membelanjakan kecuali menurut apa yang diperintahkan suami. 

Seorang isteri bertanggungjawab terhadap pengeluaran harta suami bukan pada jalan kebaikan. Sebab dia bertugas mengatur semua urusan rumahtangga. Harta yang melimpah bukan bererti tidak perlu ada pengurusan. Sebab tanpa ada pengurusan, kehidupan rumahtangga menjadi kacau bilau dan runtuh. 

Isteri yang pemboros merupakan musuh bagi dirinya sendiri dan menjadi bencana bagi suaminya. Dengan tangannya dia akan menghabiskan harta suami. Berapa ramai isteri yang menghancurkan rumahtangganya kerana tidak pandai mengurus kewangan dan berapa ramai pula isteri yang mampu menegakkan kehidupan rumahtangganya kerana dia pandai mengatur kewangan. 

Selagi suami melihat isterinya bersikap ekonomis, pandai mengatur kewangan dan menjaga hartanya, nescaya kecintaannya akan semakin bertambah, begitu pula kepercayaannya. Sehingga suami akan menyerahkan semua harta ke tangannya dan memberinya kebebasan untuk mengaturnya. 

Si suami percaya bahawa dia tidak akan membawa hartanya kepada kehancuran. Malahan boleh jadi dia justeru mengembangkannya. Menerusi kepercayaan ini akan tercipta kehidupan rumahtangga yang bahagia, jauh dari berbagai masalah kewangan, seperti yang sering kali kita dengarkan, yang disebabkan oleh cara pengurusannya yang kurang baik dari pihak isteri.



dipetik dari BAGAIMANA MENJADI ISTERI SOLEHAH DAN IBU YANG BERJAYA karangan Ummu Ibrahim Ilham Muhammad Ibrahim


Marilah sama-sama kita tanam sifat-sifat isteri solehah dalam diri kita agar kita mendapat redha suami dan sekaligus redha ALlah....Amin.

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~