~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

KATA - KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN





Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
* Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
* Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
* Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
* Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. Berkata :
* Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
* Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
* Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
* Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. Berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
* Hatinya selalu berniat suci
* Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
* Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
* Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
* Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah. Berkata :
* Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
* Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
* Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pengajaran daripadanya.
* Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan hati-hati dari dosa).
* Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi.
* Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
* Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
* Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.





No comments:

Post a Comment

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~