~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

~Ujian Kehidupan~

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya.
Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya."
(Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a)

No comments:

Post a Comment

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~