~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

Renungan buat sahabat




WARKAH BUAT sahabatKU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum……………
Apa khabarmu disana ………………..
Salam kerinduan fillah sebagai pembuka tirai…………
Semoga dirimu sahabat ,
sentiasa di bawah lembayung rahmat serta taufik Ilahi…..

Buat renungan diri ini serta sahabatku fillah,
Semalam nan berlalu sukar digamit lagi,
Hari ini suatu realiti,
Andai hadirnya esok,
Pastinya bersulamkan rantaian suci………….

MAAL HIJRAH…….. telah jauh kita tinggalkan,
setiap hari yang berlalu menagih suatu perubahan bagi diri ini lalu ia mengundang suatu gelanggang mujahadah yang maha hebat agar tersahut cabaran menuju Allah.
Sejenak…… sayup-sayup suatu perasaan menerjah sanubari betapa hibanya diri ini andainya hadirnya maal hijrah ini adalah kali terakhir buat diri kita ini……….
Pastinya detik-detik kematian kan menjelma menghampiri diri ini seiring dengan gagahnya malaikat Izrail dengan izin tuhan mencabut nyawa, Malaikat Raqib & 'Atid sibuk dengan komputernya menghitung amalan kita, Malaikat Mungkar dan Nakir sibuk dengan set perakam videonya memperlihatkan segala rutin diari kita……..

Buat renungan diri ini dan sahabat fillah………….
Ingatlah…….
Dunia ini hanya tempat persinggahan permainan suatu persembahan pentas kehidupan terpalit segala penipuan serta kepura-puraan………..

Sahabat……… rinduilah akhirat nan kekal abadi pasti terserlah sinar kebahagiaan serta keriangan sejati……….

Dilautan dunia ini, badai-badai cabaran sentiasa menjenguk diri tanpa jemu, menggamit hati serta sanubari, lantaran nafsu dan syaitan lah’natullah semakin bermaharajalela menghantui diri, agar tersisih dari redaNYA, lantas tercamapklah dalam kemurkaan ilahi……..na'uzubillah.

Buat renungan diri ini dan sahabat yang di kasihi fillah…….
Sesekali Allah takkan memungkiri janji janjiNya……
Setiap kekurangan suatu cabaran………
Setiap kelemahan suatu ujian……….
Pastinya sahabat, dirimu tegak menongkah badai-badai dugaan ditengah-tengah lautan berapi, biarpun bahtera yang di layari patah sauhnya, biarkan dirimu semakin lemas tersepit antara bisikan syaitan……antara gamitan ilahi.

Sahabat, pastinya dirimu tetap utuh dan tetap kukuh seiring dengan rahmat dan kasih Ilahi Maha luas nan sejati………….
Marilah sahabat, andai di renungi setiap kegetiran cabaran nan menimpa para kekasih Allah, para auliya' Allah, begitu besar sekali mehnah perjuangan diri, betapa kerdil diri kita ini sebagai insan biasa kadangkala sekelumit cuma dugaan melanda, hati memberontak, dan jiwa meronta lantas pasrah bersangka buruk terhadap Ilahi. Zalimnya diri kita temanku, bertahun-tahun Allah naungi kita dengan kurnia rahmatNya dan limpah kasihNya. Cuma seketika Allah uji hati kita dan jiwa kita, lalu perasaan kita merintih menangisi betapa malang nasib diri ini…………

Mengapa???? Menjadi tanda tanya. Setelah nikmat kita kecapi, masih kita agih-agihkan yang mana boleh dan yang mana tidak boleh kita lakukan suruhan Ilahi. Sampai hati kita sahabat, membiarkan diri kita, hati kita, perasaan kita……..gersang ketandusan santapan rohani dan santapan nur kasih Ilahi. Menzalimi diri sendiri, membiarkan ia tercamapk dalam jurang Neraka jahannam nan sentiasa membara menanti mangsanya.

Buat renungan diri ini serta sahabat yang kukasihi dan di rahmati Ilahi.....
Bicara Hukamak……andai diperlihatkan ahli-ahli neraka pada isi alam maya ini pasti akan mati kita…..kerana terlalu ngeri keadaanya …. Marilah sahabat sama-sama kita mengorak langkah merindui…….
Betapa syahdu lambaian syurga Ilahi,
Betapa agung 'arash Ilahi,
Betapa mulia gamitan redha Ilahi,
Betapa luas lautan keampunan Ilahi,
Realitinya…………………………
Betapa jelas kalimah Ilahi, kalam Nya berhemah tinggi, QahharNya tidak bertepi, hikmahnya Maha Jabbari………..
Marilah sahabat kita bersama-sama, bangun, beristiqamah diri, tetapkan pendirian, teguhkan hati dan iman, perjuangan diri serta nafsu agar tercapai nur maghfirah serta mardhiah Ilahi……….
Memang terlalu derita jiwa terlalu lemah diri dalam pentarbiyahan, kerana…………
Syurga itu manis, maghfirah Allah itu luas dan darjat mukmin itu tinggi……………

BERMUJAHADAHLAH………..
Walaupun pada awalnya terlau pahit amat sukar tetapi itulah permulaan titik nur keinsafan, kudus bersulamkan jutaan mutiara nasihat, bicara hikmah, senandung pengajaran, puitis peringatan agar penyesalan tidak membelit , agar darjat insani tidak menyamai darjat haiwan………
Mahukah kita bertopengkan manusia tetapi berhatikan haiwan, Mempunyai hati, tidak merenungi kebesaran Ilahi……………
Mempunyai mata tidak memerhatikan keindahan ciptaan Ilahi……
Mempunyai telinga, tidak mendengar peringatan Ilahi……….

Buat renungan diri ini dan sahabat di kasihi perjuangan fisabilillah………
Terlalu dhaif diri ini, terlalu hina jiwa ini, walau saban tika dan waktu mengalunkan kalimah Ilahi, mendengar serta meyakini Kitabul-izzati tapi masih lagi kita biarkan diri kita hanyut dibawa arus keseronokan duniawi………….
Andainya kita terus berusaha berusaha mencari redha Ilahi…..
Disitulah terserlah pengampunan Ilahi nan Maha tinggi………
Andainya kita berputus asa menggapainya …………
Disitulah terserlah kemurkaan Ilahi nan Maha ngeri…………..
Saidina Ali .a berkata:
"Andainya diri ingin kemesraan Ilahi, kamu hendaklah garang dengan nafsu kamu sendiri. Andainya kamu telah merasai manisnya bertemu Ilahi, pasti kamu akan merasai terlalu pahit berpisah denganNya."

Akhir bicara…………….
Marilah sahabat bersama-sama kita mengoreksi diri di bawah lembayung rahmat, redha serta nikmat Ilahi agar nur keimanan berlimpah sejuta karamah serta barakah.

Salam Persahabatan.



Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

URL untuk Artikel ini:
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=545

No comments:

Post a Comment

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~