~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

Tip-tip Mengelakkan Daripada Berputus Asa (Renungan buat diri)



1. Sentiasa ingat bahawa ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik.
2. Paling penting usaha yang gigih hasil yang Allah berikan nanti, itu soal kedua. Namun kita mendapat ganjaran daripada Allah.
3. Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.

Segala apa yang berlaku pada diri ini merupakan ujian dariNya, menunjukkan Dia menyayangi hambaNya ini......
Berikan hambaMu ini kekuatan.

2 comments:

  1. Alhamdulillah,

    simple tp padat..^^,
    syukran untuk peringatan ini

    ReplyDelete
  2. terima kasih
    peringatan untuk diri sendiri...

    ReplyDelete

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~