~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

Rahsia Kebahagiaan Hidup Dunia & Akhirat


Bila kita berjuang, kita akan diuji dengan pembohongan diri dan rasa keikhlasan.

Bila kita bertawakkal, kita akan diuji dengan kesangsian dan hilang keyakinan.

Bila kita berukhuwwah, kita akan diuji dengan ketulusan hati dan sejati.

Bila kita sakit, kita akan diuji dengan kesabaran dan redha.

Bila kita miskin susah, kita akan diuji dengan kekufuran dan hilang rasa bertuhan.

Bila kita kaya senang, kita akan diuji dengan kesombongan dan lupa diri.

Dan berbagai-bagai lagi ujian yang tak perlu kita sebut satu persatu…
Ketahuilah bahawa semua kurnian Allah itu ada dugaan dan ujiannya.

Namun percayalah, apa jua masalah di dunia ini, ia sebenarnya bukanlah masalah. 
Tetapi ia hanyalah ujian iman dalam mencapai kasih Allah.

Dan fahamilah betul-betul bahawa masalah sebenar kita akan bermula selepas kita mati, bermula dari alam kubur kelak. 
(sudahkah kita membuat persiapan untuk menghadapinya…?)

Sedarilah bahawa sebanyak-banyak dan bermacam-macam ujian yang kita hadapi sepanjang hayat kita, itu sebenarnya hanyalah SATU ujian saja yang Allah berikan pada kita. 

Semua ujian tersebut sebenarnya hanyalah ujian PERASAAN sahaja. Kesemua ujian hakikatnya berlegar di sekitar persoalan mengenai perasaan kita saja.
Jadi, tak perlulah kita risau, gusar, khuatir, tertekan, kecewa, buntu, sedih dan putus harapan. Kerana itu hanyalah ujian PERASAAN kita saja.

Ketahuilah sesungguhnya, Allah telah pun memberitahu kita JALAN KELUAR atau UBAT MUJARAB kepada segala permasalahan kita atas dunia ini.

Apakah UBAT PALING MUJARAB itu?


Yaa, itulah AL-QURAN. Kalamullah yang Mulia.

Maka, suburilah hati kita dengan al-Quran. 
Kerana cukup hanya dengan Quran, kita sudah dapat rasa cukup atas segala-galanya. 
Kerana pada al-Quran itu lah ada segala-galanya.
Kerana AL-QURAN itu adalah RAHSIA KEBAHAGIAAN HIDUP kita dunia dan akhirat.

Jika begitu, mengapa kita masih buntu? 
Mengapa kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju? 
Mengapa kita masih rasa tidak menentu?

Sedangkan Allah sudahpun memberitahu. Al-Quran itulah yang boleh membantu. Jadi, apakah tindakanmu? Tengok dan lihat saja al-Quran itu…?
Renung-renungkan dan selamat beramal…

http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-kebahagiaan-hidup-dunia-dan-akhirat.html

No comments:

Post a Comment

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~