Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.
2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Malu nie amat penting...malu pada Allah adalah yang utama....lebihkan pandangan Allah daripada pandangan manusia...
ReplyDelete