~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

Coretanku 2


Salam buat pembaca blog Mawar Izzah

Dikesempatan ini, mawar ingin meluahkan rasa syukur padaNya di atas nikmat yang dikurniakan pada mawar walaupun sebelum ini berbagai ujian yang mawar lalui..
Alhamdulilah coretan kali ni sambungan daripada coretan mawar hampir 2tahun yang lalu..sekarang ini mawar masih mengajar dan menyelia tadika tahfiz gemilang cwgn paloh..

Buat sahabat yang membaca coretan mawar ini, hari ni (22/7/2012) terasa mawar ingin berkongsi sedikit kisah sedih mawar menanggung sakit akibat buatan sihir manusia. sudah 7 tahun rupanya mawar menanggung sihir jodoh. 
Dengan takdirNya jua mawar dapat tahu kerana 8@9 kali rombongan merisik mawar semuanya tiada jodoh, bila mawar pergi merata berubat dengan ustaz, baru mawar tahu yang diri ini di sihir. ini akibat manusia yang dendam dan busuk hati. sihir ini membuatkan orang yang merisik mawar melihat mawar berwajah hodoh. sebab itu setiap rombongan yang datang 'menolak' mawar. 

Di saat mawar menghadapi dugaan Allah ini, air mata yang mengiringi tidak terkira menahan sakit dalam tubuh akibat gangguan sihir ini. dengan kekuatan dan ketabahan yang sedaya upaya mawar lalui, pada Dia mawar serahkan segala urusan penyembuhan dan urusan jodoh moga dikurniakan yang soleh dan terbaik buat mawar. 

Mawar tidak berputus asa dalam usaha melawan rasa sakit, dengan ayat suciNya lah diri mawar beransur sembuh. dan ketidakputus asaan mawar jualah mawar bertemu jodoh dengan suami mawar sekarang. untuk makluman sahabat, semua 'jodoh' mawar adalah melalui orang tengah ataupun orang tolong kirakan jodoh. jadi mawar tidak mengenali siapa jodoh mawar itu. 

Alhamdulillah berkat doa2 dan solat hajat daripada diri,keluarga dan ustaz yang berubat akhirnya mawar bertemu jodoh juga melalui orang tengah yang begitu rapat dengan keluarga mawar yang sangat dipercayai. Allah mendengar doa2 mawar selama ini, segala urusan dipemudahkan olehNya. dan sememangnya suami mawar lah jodoh yang diutuskan olehNya walaupun berliku2 laluan jodoh mawar sebelum ini. dan rasa sakit itu kadangkala masih terasa kerana sakit bekas sihir itu sudah meresap ke dalam saraf. syukur suami memahami dan terima diri mawar seadanya...

Alhamdulillah mawar bahagia diatas segala ujian dan dugaan buat mawar selama ini. benarlah ada hikmah tersembunyi disebalik segala ujian dari Allah SWT.

sekian dulu dari mawar..
terima kasih kerana sudi membaca blog mawar ini..
salam ukhwah dan salam sayang

2 comments:

  1. as salam mawar. syahdu juga membaca coretan mawar izah...saya pun mengalami masalah yang sama..sihir jodoh...saya pernah bertunang, pernah mengenali seseorg dan pernah juga org tengah kenalkan seseorg pada saya...tapi semuanya berlalu begitu saja...sehingga kini saya masih menunggu jodoh yang terbaik yang Allah swt utuskan. dan saya masih lagi di dalam proses perubatan. alhamdulillah masih meningkatkan iman dan takwa. doakan yang terbaik tuk saya ya. sekiranya mawar membaca coretan ini bolehkah sekiranya mawar berkongsi sedikit pengalaman sihir jodoh ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..sy ingin mengenali saudari terlebih dahulu,wlupun sekadar dlm email atau tel.. sy sukar untuk berkongsi secara umum dan lebih detail psl sakit shir sy ini.. ini alamat email sy mawar.zah@gmail.com

      Delete

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~