~Doa~


Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....

Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

'Mencari Kawan' - Dunia Yang Sepi



Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

(Lirik lagu:Hijjaz)

apabila ku merenung lirik lagu di atas, ia berlaku  dalam hidupku..
Allah uji aku dalam berkawan, bila ku ingat kembali insan
yang pernah ku anggap kawan,teman dan sahabat sanggup
'menikam ku dari belakang'...
airmata penyesalan mengalir lesu mengingat kembali perbuatannya..
ahh...aku mudah menyayangi seorang kawan, tetapi akhirnya aku disakiti...
walau apa yang terjadi aku memaafkannya..
biar Allah jua membalas segalanya....

2 comments:

  1. Adakah ini benar semuanya?

    ReplyDelete
  2. Sertai kami di www.kawanku.net bagi yang serius dan ikhlas serta tidak mempunyai niat tidak elok dalam mencari kawan.

    ReplyDelete

~NukiLaN MaWaR~

~NuKiLaN MaWaR diGeMaRi~